Listkan Kesyukuran setiap hari

Alhamdulillah, setelah cikda.my “pause” sekejap, kembali semula untuk beraksi di pentas blog yang sangat dirindui. Masih belum terlewat untuk merakam ¬†awal 2017 yang penuh kebahagian.

Kenapa cikda tulis tajuk ni?

Sebulan Januari 2017 pastinya mencoret pelbagai pengalaman, keputusan yang mungkin ada manis, pahit, tawar dan masinnya kan?

Pelbagai rasa jika disemai dengan kesyukuran, insyaAllah Allah tambahkan rezeki kebahagian kita.

Jika berlaku kesilapan atau kekurangan, ia adalah untuk kita pelajari. ¬†‘Kekurangan’ dalam hidup kita ia juga satu kesyukuran iaitu untuk kita pelajari sesuatu.

Kebiasannya kita akan selalu ingin syukuri perkara yang best-best sahaja. Cikda pun begitu, kalau dapat sale..Allah syukurnya.hmm, kalau sale tak masuk, mesti ada silap ni, kenapa la sale teruk sangat ni.

Macam-macam mengutuk diri..sebenarnya semakin kita dalam proses ‘menolak’ rezeki kita. Jadi nak tips tarik rezeki kepada kita?

mari kita buat ni

1.cabaran #21harimenuliskesyukuransetiaphari
2.sediakan buku khas
3.tuliskan walaupun sekecil-kecil perkara

contoh
******
a.Seronok dapat hantar anak ke sekolah, cium dengan kasih sayang
b.Peluk dan say i love u pada suami
c.Terlupa nak bawa buku tapi Allah jumpakan dengan mentor hebat boleh share knowledge
d.Bagi makan kucing, moga kucing tu tolong aku masuk jannah
e.Tolong student yang sedang kemelut dengan masalah
f.Sedekah duit beli pampers untuk anak kesayangan,

4.Ubah keywords negatif kepada positif
5.List dan tulis lah, Allah akan bagi anda idea untuk membuat tindakan yang sebaik-baiknya untuk kita

****************

List kesyukuran belajar menjahit
1.Belajar jahit jubah dan blouse
2.Dapat kenalan baru, seronok boleh share knowledge
2.Explore diri menambah kemahiran yang tak pernah terfikir boleh siap sehelai baju
3.Dapat idea bagaimana nak dapat return dari investment yuran kelas

jika kita THINK WITH INK, banyak idea dan list terhasil, terakam dalam minda bawah sedar dan akhirnya ia akan menjadi realiti insyaAllah.

 

 

 

Comments

comments

Share This

Nak Tips Jahit Skirt Dengan Mudah?

Masukkan nama dan emel anda.

Nama:
Email:

Mesej Anda Telah Berjaya Dihantar.